STR 2023 : Bayaran Fasa 4 Dikreditkan Secara Berperingkat Mula Hari Ini

STR 2023 : Bayaran Fasa 4 dikreditkan secara berperingkat mula hari ini kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Kadar bayaran ini disalurkan mengikut kategori masing-masing penerima.
Sumbangan Asas Rahmah (STR) merupakan sebuah program bantuan tunai yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah.
STR 2023
STR 2023 atau lebih dikenali sebagai Sumbangan Tunai kini berada di fasa terakhir bayarannya. Melalui pelaksanaan fasa akhir ini, seramai 5.5 juta penerima terdiri daripada kategori isi rumah, warga emas tiada pasangan dan ianya termasuk bagi penerima yang telah lulus rayuan.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Seperti yang telah dijadualkan, bayaran bagi Fasa 4 akan disalurkan pada :
- 7 NOVEMBER 2023
Untuk makluman, ianya akan dikreditkan secara berperingkat.
KADAR BAYARAN FASA 4
Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima setiap kategori :
1. Pendapatan Isi Rumah Bawah RM2,500
- Tiada Anak : RM200
- 1 – 2 Anak : RM600
- 3 – 4 Anak : RM900
- >5 Anak : RM1200
2. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000
- Tiada Anak : –
- 1 – 2 Anak : –
- 3 – 4 Anak : RM300
- >5 Anak : RM500
3. Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) : RM200
4. Bujang (21 – 59 tahun) : –
5. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : –

SEMAKAN KELAYAKAN STR 2023
Rakyat Malaysia yang ingin membuat semakan mengenai kadar bayaran yang akan diterima oleh setiap kategori, berikut adalah langkahnya :
Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut : SEMAKAN STR FASA 4
Berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan kata kunci keselematan diperlukan
- Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti :
- Nama Pemohon
- No MyKad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan Kata Laluan
MAKLUMAT LANJUT
Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.
