Rasmi : Kategori Ini Tidak Terima Bayaran STR Fasa 4

Bayaran STR Fasa 4 : Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 secara rasminya bermula hari ini dimana seramai 5.5 juta penerima yang layak akan terima bayaran bermula RM200 sehingga RM1200.
Bukan itu sahaja, penerima yang lulus rayuan STR 2023 turut akan terima bayaran tersebut. Namun ingin diingatkan, terdapat kategori yang tidak akan terima bayaran kali ini. Berikut kami kongsikan, ikuti perkongsian dibawah.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini merupakan satu bantuan tunai yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam membantu golongan yang berpendapatan rendah dan terjejas.
Melalui pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah ini, seramai 8.7 penerima telah menerima bayaran bermula dari fasa 1, 2 dan 3.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Rakyat Malaysia yang berkelayakan, mereka akan mula menerima bayaran pada :
- 7 NOVEMBER 2023
Bayaran ini akan disalurkan secara berperingkat ke akan penerima secara berperingkat.
KATEGORI TIDAK TERIMA BAYARAN
Berbeza dengan fasa 1 hingga 3, setiap kategori telah menerima bayaran. Namun, bayaran Fasa 4 ini terdapat beberapa kategori yang tidak akan terima bayaran iaitu :
1. Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5,000
- Tiada Anak : –
- 1 – 2 Anak :
2. Bujang (21 – 59 tahun) : –
3. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : –
Ini adalah kerana, kategori yang disebutkan diatas telah selesai menerima bayaran STR tahun 2023 ini.
Sila rujuk jadual dibawah.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Sila buat semakan status kelayakan anda bagi fasa 4 ini. Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut : SEMAKAN STR FASA 4:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan kata kunci keselematan diperlukan
- Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti :
- Nama Pemohon
- No MyKad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan Kata Laluan
SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4
Syarat kelayakan penerima fasa akhir ini adalah seperti :
- i: Isi Rumah
- a) Kahwin; atau
- b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- ii. Warga Emas Tiada Pasangan
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- iii. Bujang
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
MAKLUMAT LANJUT
Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.
