STR 2023

STR FASA 4 : Kategori Ini Akan Terima Bayaran RM2500

STR FASA 4 : Seperti yang anda tahu, bermula 7 November ini, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan mula disalurkan secara berperingkat. Melalui pelaksanaan bayaran tersebut, beberapa kadar bayaran akan diterima mengikut kategori masing-masing.

Tahukah anda, bukan RM1200 jumlah yang tertinggi. Tapi, penerima yang berkelayakan mereka akan terima bayaran sehingga RM2500. Nak tahu? Ikuti perkongsian dibawah.

STR FASA 4

Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan tunai yang disediakan kerajaan khas untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah terdiri daripada golongan B40 dan M40.

Bayaran bantuan tunai ini telahpun melalui 3 fasa bayaran. Dan terkini, bayaran fasa akhir akan mula dilaksanakan bermula esok di mana seramai 5.5 juta penerima bakal menerima bayaran tersebut.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Minggu lalu, kerajaan telah bersetuju menyalurkan bantuan ini akan bermula :

  • 7 NOVEMBER 2023 (SELASA)

Bagi penerima yang LULUS rayuan STR 2023 mereka, bayaran tersebut akan disalurkan serentak bermula esok.

PENERIMA BAYARAN RM2500

Penerima sebelum ini yang GAGAL, bayaran tersebut turut akan disalurkan bermula 7 November ini sekiranya rayuan mereka LULUS. Seramai 280,000 penerima baharu telah diluluskan dan akan menerima bayaran sehingga RM2500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Info : Bayaran ini diberikan sekaligus setelah dicampur dengan kadar bayaran mengikut setiap fasa yang mereka GAGAL dikreditkan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Rakyat Malaysia yang ingin membuat semakan mengenai kadar bayaran yang akan diterima oleh setiap kategori, berikut adalah langkahnya :

Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut : SEMAKAN STR FASA 4

Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselematan diperlukan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti :
    • Nama Pemohon
    • No MyKad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan Kata Laluan
str fasa 4

MAKLUMAT LANJUT

Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button