Rasmi : Bayaran STR Fasa 4 Telah Dikreditkan Ke Akaun BSN Penerima

Seperti yang telah diumumkan baru-baru, bayaran STR Fasa 4 akan mula disalurkan secara berperingkat bermula 7 November 2023 ini. Namun, ramai telah mendakwa bayaran tersebut telahpun dikreditkan ke akaun mereka sebelum dari tarikh yang telah dijadualkan. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
STR FASA 4
Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR Fasa 4 merupakan satu bantuan tunai yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah.
Ianya juga merupakan bantuan tunai fasa terakhir bagi tahun 2023 dimana seramai 5.5 juta penerima yang layak akan menerima bayaran sehingga RM1200.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Bayaran fasa akhir ini akan mula disalurkan secara berperingkan bermula :
- 7 NOVEMBER 2023
BAYARAN TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN BSN
Jika dilihat perkongsian melalui media sosial seperti Facebook, pihak kami dapati segelintir rakyat Malaysia mendakwa bahawa bayaran Fasa 4 ini telah mula dikreditkan ke akaun mereka. Bermakna, ianya lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan.
Berikut adalah bukti skrinshot kami kongsikan :


Info : Seperti kebiasaannya, penerima yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran terlebih dahulu berbanding dengan bank-bank yang lain.
STR RAYUAN
Menurut Perdana Menteri, lebih 280,000 penerima baharu yang diluluskan menerusi Rayuan STR 2023 turut menerima bantuan tunai di bawah STR Fasa 4 ini. Mereka akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut : SEMAKAN STR FASA 4
Berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan kata kunci keselematan diperlukan
- Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti :
- Nama Pemohon
- No MyKad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan Kata Laluan

MAKLUMAT LANJUT
Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.
