STR FASA 4 : Tiada Bayaran Yang Akan Diterima Oleh Kategori Ini

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan mula dilaksanakan bermula Selasa ini bersamaan 7 November 2023.
Bayaran fasa terakhir ini bakal memanfaatkan seramai 5.5 juta penerima merangkumi dari kumpulan B40 dan M40 dan terdiri daripada beberapa kategori, iaitu Isi rumah dan Warga Emas Sebatang Kara.
Untuk makluman, terdapat juga kategori yang tidak akan terima sebarang bayaran di fasa 4 ini. Berikut dikongsikan kategori tersebut. Ikuti perkongsian dibawah.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini merupakan satu bantuan tunai yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam membantu golongan yang berpendapatan rendah dan terjejas.
Melalui pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah ini, seramai 8.7 penerima telah menerima bayaran bermula dari fasa 1, 2 dan 3.
Info : Bayaran STR akan melalui 4 fasa bayaran.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Rakyat Malaysia yang berkelayakan, mereka akan mula menerima bayaran pada :
- 7 NOVEMBER 2023
Bayaran ini akan disalurkan secara berperingkat ke akan penerima secara berperingkat.
TIADA BAYARAN UNTUK KATEGORI INI
Berbeza dengan fasa 1 hingga 3, setiap kategori telah menerima bayaran. Namun, bayaran Fasa 4 ini terdapat beberapa kategori yang tidak akan terima bayaran iaitu :
1. Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5,000
- Tiada Anak : –
- 1 – 2 Anak :
2. Bujang (21 – 59 tahun) : –
3. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : –
Sila rujuk jadual dibawah.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Sila buat semakan status kelayakan anda bagi fasa 4 ini. Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut : SEMAKAN STR FASA 4
Berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan kata kunci keselematan diperlukan
- Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti :
- Nama Pemohon
- No MyKad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan Kata Laluan
SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :
- i: Isi Rumah
- a) Kahwin; atau
- b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- ii. Warga Emas Tiada Pasangan
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- iii. Bujang
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah ini :
