Kemaskini maklumat STR untuk anda terima bayaran tahun 2024 nanti. Untuk makluman semua, permohonan baru dan kemaskini telah dibuka bermula 1 November baru-baru ini. Ianya bertujuan agar penerima yang layak tidak tercicir dalam menerima bantuan tunai tersebut.
STR 2024
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah
terus diberi bantuan sewajarnya.
KEMASKINI MAKLUMAT STR 2024
Seperti yang telah diumumkan, tempoh untuk mengemaskini maklumat peribadi kini boleh dikemukakan. Namun, ianya adalah tidak wajib. Anda hanya perlu membuat kemaskini maklumat STR sekiranya terdapat perubahan data peribadi seperti :
- Bilangan anak bertambah
- Status perkahwinan
- dan lain-lain lagi
TARIKH KEMASKINI MAKLUMAT STR
Rakyat Malaysia yang ingin kemaskini maklumat STR, ianya boleh dikemukakan bermula :
- 1 November 2023
KAEDAH KEMASKINI MAKLUMAT STR
Sekiranya anda tidak tahu bagaimana cara untuk mengemaskini maklumat STR, sila semak kaedahnya melalui pautan dibawah :
SYARAT KELAYAKAN
Sebelum permohonan baharu STR 2024 anda kemukakan, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan seperti dibawah :
Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
- menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyaianak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BAYARAN
Berikut adalah jumlah rasmi bagi bayaran STR tahun hadapan :
- Isi Rumah (RM2500 kebawah)
- Tiada Anak : RM1000
- 1 – 2 Anak : RM1500
- 3 – 4 Anak : RM2000
- 4 – 5 Anak : RM2500
- Isi Rumah (RM2500 keatas)
- Tiada Anak : RM500
- 1 – 2 Anak : RM750
- 3 – 4 Anak : RM1000
- 4 – 5 Anak : RM1250
- Warga Emas Tiada Pasangan
- RM600
- Bujang
- RM350
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, banyak bantuan lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.