
STR Fasa 4 : Semakan status kelayakan penerima yang layak kini boleh dilakukan. Seperti yang anda tahu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa bayaran terakhir ini akan mula disalurkan secara berperingkat bermula 7 November ini.
Anda dinasihati supaya membuat semakan status kelayakan anda terlebih dahulu untuk mengetahui anda LULUS ataupun GAGAL . Kali ini, kami akan kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk membuat semakan.
STR FASA 4
STR Fasa 4 ataupun Sumbangan Tunai Rahmah ini bakal memanfaatkan seramai 5.5 juta. Ianya merupakan bantuan tunai fasa akhir untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah bagi tahun 2023 ini.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mengumumkan mengenai tarikh rasmi bayaran STR Fasa 4 ini. Dianggarkan seramai 5.5 juta penerima yang layak akan menerima bantuan itu bermula :
- 7 NOVEMBER 2023
Menurut Perdana Menteri, lebih 280,000 penerima baharu yang diluluskan menerusi Rayuan STR 2023 turut menerima bantuan tunai di bawah STR Fasa 4 ini. Mereka akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Rakyat Malaysia yang ingin membuat semakan mengenai kadar bayaran yang akan diterima oleh setiap kategori, berikut adalah langkahnya :
Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut : SEMAKAN STR FASA 4
Berikut adalah cara untuk membuat semakan :
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan kata kunci keselematan diperlukan
- Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti :
- Nama Pemohon
- No MyKad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan Kata Laluan

SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :
- i: Isi Rumah
- a) Kahwin; atau
- b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- ii. Warga Emas Tiada Pasangan
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- iii. Bujang
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
MAKLUMAT LANJUT
Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.
