Rasmi : Tarikh Bayaran STR Fasa 4 Telah Diumumkan Sebentar Tadi

Tarikh bayaran STR Fasa 4 telah diumumkan sebentar tadi. Alhamdulillah, akhirnya terjawab sudah mengenai bilakah bayaran STR fasa akhir akan mula dikreditkan.

Baru sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mengumumkan bilakah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4. Perkara ini sudah tentu buat kita rakyat Malaysia dapat menarik nafas lega.

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

STR FASA 4

STR Fasa 4 ataupun Sumbangan Tunai Rahmah ini bakal memanfaatkan seramai 5.5 juta. Ianya merupakan bantuan tunai fasa akhir untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah bagi tahun 2023 ini.

Seperti tahun sebelumnya, ianya akan dilaksanakan melalui 4 fasa bayaran dan sehingga kini ianya telahpun melalui 3 fasa bayaran dan yang terakhir iaitu bulan Julai lalu.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mengumumkan mengenai tarikh rasmi bayaran STR Fasa 4 ini. Dianggarkan seramai 5.5 juta penerima yang layak akan menerima bantuan itu bermula :

  • 7 NOVEMBER 2023
tarikh bayaran str fasa 4

Menurut Perdana Menteri, lebih 280,000 penerima baharu yang diluluskan menerusi Rayuan STR 2023 turut menerima bantuan tunai di bawah STR Fasa 4 itu. Mereka akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

MAKLUMAT LANJUT

Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Leave a Comment