Permohonan Baharu STR 2024 Kini Dibuka Mula Hari Ini – Mohon Sekarang!

Permohonan baharu STR 2024 kini boleh dilakukan melalui portal rasmi MySTR bermula hari ini. Rakyat Malaysia yang tidak dan belum mendaftar bagi mendapat bantuan tunai STR, inilah masanya untuk anda memohon.
STR 2024
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah
terus diberi bantuan sewajarnya.
PERMOHONAN BAHARU STR 2024
Untuk makluman semua, permohonan baharu STR 2024 kini telah dibuka. Sebarang permohonan boleh dikemukakan melalui web rasmi MySTR iaitu :

KAEDAH PERMOHONAN BAHARU STR 2024
Berikut adalah kaedah untuk memohon :
- Secara Dalam Talian : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
(HASiL) - Pejabat Satelit HASiL
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR.
- Borang permohonan boleh dicetak melalui web rasmi MySTR.
SYARAT KELAYAKAN
Sebelum permohonan baharu STR 2024 anda kemukakan, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan seperti dibawah :
Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
- menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyaianak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BAYARAN
Berikut adalah jumlah rasmi bagi bayaran STR tahun hadapan :
- Isi Rumah (RM2500 kebawah)
- Tiada Anak : RM1000
- 1 – 2 Anak : RM1500
- 3 – 4 Anak : RM2000
- 4 – 5 Anak : RM2500
- Isi Rumah (RM2500 keatas)
- Tiada Anak : RM500
- 1 – 2 Anak : RM750
- 3 – 4 Anak : RM1000
- 4 – 5 Anak : RM1250
- Warga Emas Tiada Pasangan
- RM600
- Bujang
- RM350
TARIKH BAYARAN
Seperti yang anda tahu, kebiasaannya kadar bayaran bagi fasa pertama bantuan tunai ini maksimum RM300 saja, pada tahun hadapan ianya akan dinaikkan sebanyak RM500 bermula :
- Februari 2024
MAKLUMAT LANJUT
Sebenarnya, banyak bantuan lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.