MySTR Bujang 2024 : Bayaran Dinaikkan Sehingga RM500

MySTR Bujang 2024 : Kadar bayaran belia bujang telah dinaikkan sebanyak RM500 pada tahun 2024 nanti. Perkara ini telah diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam Pembentangan Belanjawan 2024 baru-baru ini.
Seperti yang anda tahu, MySTR ini merupakan sebuah bantuan tunai yang akan disalurkan kepada rakyat Malaysia terdiri daripada kategori Bujang, Isi Rumah (Keluarga) dan Warga Emas.
MYSTR BUJANG 2024
Ketika Belanjawan 2024 lalu, kadar bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun hadapan telah dinaikkan. Antaranya seperti kategori bujang dimana golongan ini akan menerima bayaran berjumlah RM500.
Info : Untuk makluman, penerima STR tahun hadapan dianggarkan seramai 9 juta penerima berbanding tahun ini hanya 8.7 juta penerima.

JUMLAH BAYARAN MYSTR BUJANG 2024
Seperti yang telah diumumkan ketika belanjawan 2024, kategori bujang ini akan menerima bayaran berjumlah :
- Isi Rumah : RM3100 kepada RM3700
- Bujang / Belia : RM350 kepada RM500
- SARa : RM100 (6 bulan) kepada RM100 (12 bulan)
TARIKH BAYARAN
Menurut Perdana Menteri, bayaran fasa pertama sebanyak STR 2024 RM500 ini akan mula disalurkan pada :
- Februari 2024
PERMOHONAN STR 2024
Rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ini, permohonan baru boleh dilakukan pada bulan hadapan iaitu November.
Info : Permohonan akan dibuka sepanjang tahun dan bukan setahun sekali seperti sebelum ini.
MAKLUMAT LANJUT
Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.