Pengeluaran Penuh KWSP Akaun 1 & 2 Dibenarkan

Pengeluaran Penuh KWSP melalui akaun 1 dan 2 kini telah dibenarkan. Pencarum yang ingin membuat permohonan boleh berbuat demikian hari ini. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan agar permohonan anda berjalan dengan lancar.
PENGELUARAN PENUH KWSP
Matlamat utama dalam kebenaran pengeluaran ini adalah untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa
Untuk makluman semua, pengeluaran ini terbahagi kepada dua jenis pengeluaran iaitu secara penuh ataupun sebahagian. Ahli KWSP boleh membuat pilihan untuk memilih mana-mana yang diinginkan.

SYARAT KELAYAKAN
Sebelum permohonan dikemukakan, pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan di bawah ini:
- Warganegara Malaysia
- Pencarum KWSP
- Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
- Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
- Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
- Bayaran dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank simpanan/ semasa ahli atau ke akaun bank rakan strategik KWSP
SENARAI PENGELUARAN PENUH KWSP
Terdapat beberapa kategori bagi pengeluaran penuh KWSP ini antaranya :
1. Pengeluaran Penuh Umur 55 Tahun
- Apabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.
- Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.
2. Pekerja Berpencen & Persaraan Pilihan
- Definisi pekerja berpencen ialah pekerja yang telah diletakan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang menjelaskan pengambilan pekerja di dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.
- Mulai 1 Januari 2018, selepas Penjawat Awam membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen, tanggungan mencarum bagi beliau adalah tidak terhenti selaras dengan pelaksanaan Skim Kebolehalihan (Portability Scheme).
3. Hilang Upaya
- Ahli KWSP yang mengalami hilang upaya boleh membuat pengeluaran penuh simpanan setelah mereka disahkan oleh pegawai perubatan. Malah, mereka turut layak mendapat RM 5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.
4. Kematian
- Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang anda dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.
- Kami menggalakkan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.
PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP
Berbeza dengan pengeluaran penuh, bagi pengeluaran sebahagian pula antaranya adalah :
- Pengeluaran Umur 50 tahun
- Pendidikan
- Beli Rumah
- Bina rumah
- Mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan
- Ansuran bulanan pinjaman perumahan
- Perumahan PR1MA
- Perumahan fleksibel
- Kesihatan
- Haji
- Simpanan melebihi 1 juta
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals