
STR FASA 4 : Kategori ini akan terima bayaran berjumlah RM1200 menerusi bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah fasa akhir yang akan mula disalurkan bulan November nanti. Seramai 8.7 juta penerima dari kumpulan B40 dan M40 yang layak bakal menerima manfaat ini.
Sumbangan Asas Rahmah (STR) merupakan sebuah program bantuan tunai yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah.
STR FASA 4
STR FASA 4 atau lebih dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan tunai fasa terakhir bagi tahun 2023 ini. Sebelumnya, bantuan tunai ini telahpun melalui 3 fasa bayaran dan seramai 8.7 juta penerima telahpun mendapat manfaat.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Seperti yang telah dijadualkan, bayaran bagi Fasa 4 akan disalurkan pada :
- NOVEMBER 2023
Walaubagaimanapun, tiada tarikh rasmi lagi telah dimaklumkan.
KATEGORI TERIMA RM1,200
Untuk makluman, terdapat 1 kategori yang akan terima bayarang paling tinggi nanti, iaitu :
1. Pendapatan Isi Rumah Bawah RM2,500
- >5 Anak : RM1200

SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :
- i: Isi Rumah
- a) Kahwin; atau
- b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- ii. Warga Emas Tiada Pasangan
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- iii. Bujang
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
MAKLUMAT LANJUT
Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.
