BWE 2023 : Bantuan RM500 akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Bantuan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini merupakan inisiatif bulanan kepada warga emas.
Walaubagaimanapun, ianya tergantung kepada syarat kelayakan individu tersebut. Berikut dikongsikan makluman terperinci mengenai bantuan Warga Emas ini.
BWE 2023 : BANTUAN WARGA EMAS
Golongan warga emas di negara salah satu golongan yang sering mendapat perhatian daripada kerajaan sedia ada. Bantuan tunai RM500 ini bertujuan agar golongan ini dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
JUMLAH BAYARAN
Seriap kelayakan, individu ini akan menerima bayaran secara bulanan iaitu :
- RM500 (sebulan)
BWE 2023 : SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah kriteria kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata / Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
NOTA : Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA MOHON
Berikut adalah cara untuk mohon berserta beberapa dokumen sokongan yang diperlukan :
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Dokumen Sokongan
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Isteri / Ibu / Bapa / Anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Sila sertakan sekali borang permohonan. Borang tersebut hendaklah di isi dengan tepat.
Setelah lengkap, pemohon diminta membawa dokumen berserta borang permohonan hadir ke
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian
MAKLUMAT LANJUT
Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.