STR Tambahan : Bayaran Tambahan RM600 Dikreditkan Hingga Disember

STR Tambahan RM600 : Anda sedia maklum bahawa, kerajaan telah bersetuju akan memberi bayaran tambahan berjumlah RM600 kepada penerima STR yang layak. Perkara ini diumumkan ketika Belanjawan 2023 Februari lalu.
Dengan adanya bantuan tambahan seperti ini, rakyat Malaysia yang memerlukan pasti akan rasa gembira sekurang-kurangnya ianya dapat membantu untuk berbelanja untuk keperluan.
STR TAMBAHAN RM600
Bantuan ini disalurkan setelah mengambil kira dan keperluan mahupun kehendak rakayt Malaysia yang terjejas khususnya.
Namun, penerima STR tersebut hendaklah yang telah berdaftar melalui sistem E-Kasih. Sekiranya telah berdaftar, maka secara automatik adalah layak untuk terima bantuan tambahan ini iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARa).
SYARAT KELAYAKAN
Beberapa kriteria kelayakan dalam menerima bantuan tambahan RM600 ini, antaranya :
- Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
- Warganegara Malaysia
- Penerima STR 2023
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)
Berikut adalah langkah mudah untuk membuat semakan :
- Sila layari pautan rasmi Semakan Status SARA di sini : https://www.mykasih.com.my
- Kemudian, masukkan Nombor MyKad di ruangan yang disediakan.
- Masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik butang [Semak Status].
- Maklumat status kelulusan anda akan dipaparkan.
- Selesai

TARIKH BAYARAN MySARA
Untuk makluman anda, tarikh bayaran bantuan MySARA RM600 ini telahpun mula dikreditkan bermula Julai lalu lagi, dan akan melalui 6 bulan fasa bayaran iaitu RM100 sebulan sehingga Disember 2023 nanti.
Bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan pula, bayaran telahpun selesai dilaksanakan dengan hanya SEKALI BAYAR iaitu RM600.

MAKLUMAT LANJUT
Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.
