BELANJAWAN 2024STR 2024

BELANJAWAN 2024: Bantuan Kewangan RM3700 Untuk Golongan B40 & M40

BELANJAWAN 2024 : Bantuan kewangan sehingga RM3700 bakal disalurkan kepada golongan B40 dan M40 bermula tahun hadapan. Bantuan tunai ini akan memanfaatkan seramai 9 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan. Untuk info lanjut mengenai bantuan ini, ikuti perkongsian dibawah.

BELANJAWAN 2024

Bertemakan ‘Ekonomi MADANI, Memperkasa Rakyat’, tiga tumpuan utama belanjawan 2024 adalah Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan, Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan dan Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.

Antara inisiatif yang menjadi tumpuan adalah Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 nanti.

BELANJAWAN 2024 : STR 2024

Berbeza dengan jumlah penerima bantuan STR 2023 yang lalu hanya 8.7 juta penerima sahaja yang layak. Namun, pelaksanaan STR 2024 nanti, seramai 9 juta penerima akan menerima bantuan tunai ini.

Daripada peningkatan jumlah penerima yang layak, sebanyak RM10 bilion telah diperuntukkan bagi melaksanakan bantuan STR tahun hadapan.

Bukan itu sahaja, kadar maksimum dan beberapa kadar bayaran untuk kategori pun turut dinaikkan sehingga RM3700.

BELANJAWAN 2024

JUMLAH BAYARAN

Perdana Menteri sentiasa mengambil kira dengan beban kewangan yang terpaksa tanggung. Oleh itu, bayaran bantuan tunai ini telah dinaikkan kepada :

  • Isi Rumah : RM3100 kepada RM3700
  • Bujang / Belia : RM350 kepada RM500
  • SARa : RM100 (6 bulan) kepada RM100 (12 bulan)

Jika dilihat bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), tempoh bayarannya pun akan berjalan selama 12 bulan. Sebelum ini, tempohnya hanya berjalan 6 bulan sahaja.

TARIKH BAYARAN

Pada tahun hadapan, kadar bayaran fasa pertama akan dinaikkan kepada :

  • RM300 (kadar lama)
  • RM500 (kadar baru)

Bayaran fasa pertama ini akan mula dibayar bermula Februari 2024 nanti.

PERMOHONAN STR 2024

Untuk makluman, tempoh permohonan STR kali ini berbeza. Seperti yang anda tahu, terdapat tarikh tempoh akhir bagi setiap permohonan, namun kali ini ianya dibuka SEPANJANG TAHUN.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, banyak bantuan lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button