KWSP

Pengeluaran KWSP Bersyarat FSA2 Dibenarkan Sebelum Aidilfitri

FSA2 : Pengeluaran KWSP bersyarat kini telah dibenarkan untuk ahli yang berkelayakan sebelum Aidilfitri tahun hadapan. Untuk pengetahuan, kelonggaran bagi pengeluaran KWSP ini telahpun bermula dari April lalu lagi.

FSA2 : FASALITI SOKONGAN AKAUN 2

FSA2 merupakan sebuah kemudahan bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Simpanan dalam Akaun 2 digunakan untuk membayar pembiayaan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun.

PENGELUARAN SEHINGGA RM50,000

Ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran, berikut adalah jumlah pengeluaran yang anda boleh lakukan :

  • Jumlah pembiayaan minimum : RM3,000
  • Maksimum : RM50,000

Info : Ianya tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP anda.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN FSA2

Pencarum yang ingin kemukakan permohon, pastikan anda mempunyai kriteria seperti berikut :

  • Permohonan terbuka kepada ahli KWSP
  • Ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Permohonan tidak boleh dibatalkan
  • permohonan hanya sekali sahaja
  • Tarikh permohonan dibuka dalam tempoh setahun bermula 7 April 2023
  • Minimum baki akaun simpanan akaun 2 minimum RM3,000
  • Mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan.

CARA MOHON PENGELUARAN

Sila semak beberapa langkah untuk memohon pengeluaran : 

  • Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian
  • Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan.
  • Kemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 atau 55 tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan jumlah pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, permohonan Pengeluaran KWSP Bersyarat FSA 2 ini telahpun dibuka bermula :

  • 7 APRIL 2023

Manakala, bagi BSN pula permohonan boleh dibuat pada 15 April 2023.

MAKLUMAT LANJUT 

Kerajaan sedia ada sentiasa memainkan peranan dalam membantu rakyat Malaysia khususnya golongan atau individu yang terjejas dari segi ekonomi dan kesihatan. Pelbagai bantuan yang boleh anda manfaatkan. Untuk tahu bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button