BANTUANSTR 2023

STR Tambahan RM600 : Semakan Kelayakan Bantuan RM100 Sebulan Untuk B40

STR Tambahan RM600 : Semakan kelayakan bantuan RM100 sebulan untuk B40 kini boleh dilakukan. Bayaran bagi bantuan ini telah mula dikreditkan kepada penerima STR 2023 yang layak.

Untuk makluman semua, sekiranya berkelayakan anda akan terima bantuan berjumlah RM600 untuk tempoh 6 bulan tahun ini.

STR TAMBAHAN RM600

Penerima STR 2023 yang telah berdaftar melalui sistem E-Kasih, individu tersebut adalah secara automatik akan menerima bantuan tambahan ini melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARa).

Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan ini setelah mengambil kira dan faham keperluan dan kehendak rakyat Malaysia yang terjejas berikutan keadaan ekonomi negara ketika ini tidak menentu.

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa kriteria kelayakan dalam menerima bantuan tambahan RM600 ini, antaranya :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • Warganegara Malaysia
    • Penerima STR 2023
    • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)

Berikut adalah langkah mudah untuk membuat semakan :

  • Sila layari pautan rasmi Semakan Status SARA di sini : https://www.mykasih.com.my
  • Kemudian, masukkan Nombor MyKad di ruangan yang disediakan.
  • Masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Klik butang [Semak Status].
  • Maklumat status kelulusan anda akan dipaparkan.
  • Selesai

TARIKH BAYARAN MySARA

Untuk makluman anda, tarikh bayaran bantuan MySARA RM600 ini telahpun mula dikreditkan bermula Julai lalu lagi, dan akan melalui 6 bulan fasa bayaran iaitu RM100 sebulan sehingga Disember 2023 nanti.

Bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan pula, bayaran telahpun selesai dilaksanakan dengan hanya SEKALI BAYAR iaitu RM600.

MAKLUMAT LANJUT

Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button