BMT RM800 : Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam memberi bantuan kepada golongan berpendapatan rendah khususnya mereka yang terjejas.
Salah satu bantuan yang bakal dilaksanakan pada tahun ini, iaitu Bantuan Musim Tengkujuh atau lebih dikenali sebagai BMT. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian di bawah.
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh atau lebih dikenali sebagai BMT ini merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas hasil tani mereka dalam menghadapi musim hujan ketika ini.
Setiap individu yang berkelayakan, mereka akan terima bayaran sehingga RM800 tahun ini. Untuk makluman, kadar bantuan ini telah dinaikkan kerana tahun sebelumnya hanya RM600 sahaja.
JUMLAH BAYARAN BMT
Individu yang layak, mereka akan menerima bayaran BMT ini berjumlah :
- RM800 (4 Fasa)
BMT RM800 : TARIKH BAYARAN
Bayaran bantuan ini akan mula disalurkan pada :
- Fasa 1 : RM200 (November)
- Fasa 2 : RM200 (Disember)
- Fasa 3 : RM200 (Januari 2024)
- Fasa 4 : RM200 (Februari 2024)
BMT RM800 : TARIKH PERMOHONAN
Untuk makluman anda semua, tarikh permohonan ini telahpun dibuka bermula :
Tarikh Buka : 15 JUN 2023
Tarikh Tutup : 15 SEPTEMBER 2023
BMT RM800 : SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan setiap permohonan BMT ini adalah :
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil atau penoreh getah
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot hanya untuk 1 penerima sahaja
- Mempunyai kad permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
SEMAKAN PERMOHONAN BMT
Semakan permohonan bantuan ini kini boleh dilakukan. Terdapat dua cara membuat semakan antaranya :
- Melalui laman web rasmi BMT RISDA iaitu, https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
- atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.
Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4256 4022
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan sedia ada sentiasa memainkan peranan dalam membantu rakyat Malaysia khususnya golongan atau individu yang terjejas dari segi ekonomi dan kesihatan. Pelbagai bantuan yang boleh anda manfaatkan. Untuk tahu bantuan lain, sila RUJUK DISINI.