BELANJAWAN 2024STR 2024

STR 2024: Kadar Bayaran Baharu Mengikut Kategori Telah Dinaikkan

STR 2024: Kadar bayaran baharu mengikut kategori telah dinaikkan. Perkara ini telah diumumkan ketika Perdana Menteri membentangkan Belanjawan 2024 petang kelmarin.

Bertemakan ‘Ekonomi MADANI, Memperkasa Rakyat’, tiga tumpuan utama belanjawan 2024 adalah Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan, Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan dan Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.

Antara inisiatif yang menjadi tumpuan adalah Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 nanti. Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.

STR 2024

Sebelum ini, bantuan tunai seperti BPR, BKM dan STR 2023 hanya memanfaatkan kepada 8.7 juta penerima sahaja. Akan tetapi, bantuan ini akan memanfaatkan lebih daripada 9 juta penerima yang layak pada tahun 2024 nanti.

Bukan itu sahaja, kadar maksimum dan beberapa kadar bayaran untuk kategori pun turut dinaikkan sehingga RM3700.

Untuk makluman, peruntukkan bagi bantuan tunai ini telah dinaikkan sebanyak RM10 bilion berbanding pada tahun 2023 sebanyak RM8 bilion.

JUMLAH BAYARAN

Perdana Menteri sentiasa mengambil kira dengan beban kewangan yang terpaksa tanggung. Oleh itu, bayaran bantuan tunai ini telah dinaikkan kepada :

  • Isi Rumah : RM3100 kepada RM3700
  • Bujang / Belia : RM350 kepada RM500
  • SARa : RM100 (6 bulan) kepada RM100 (12 bulan)

Jika dilihat bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), tempoh bayarannya pun akan berjalan selama 12 bulan. Sebelum ini, tempohnya hanya berjalan 6 bulan sahaja.

TARIKH BAYARAN

Seperti yang anda tahu, kebiasaannya kadar bayaran bagi fasa pertama bantuan tunai ini maksimum RM300 saja, pada tahun hadapan ianya akan dinaikkan sebanyak RM500 bermula :

  • Februari 2024

PERMOHONAN STR 2024

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberitahu dalam ucapannya petang kelamarin bahawa, tempoh untuk permohonan baharu boleh dikemukakan bermula NOVEMBER 2023, iaitu bulan hadapan.

Info : Berbeza dengan permohonan sebelum ini, ianya ada tarikh tempoh tertentu. Kali ini, permohonan baharu bagi bantuan ini dibuka SEPANJANG TAHUN.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, banyak bantuan lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button