STR 2024: Jumlah Bayaran Belia Bujang Dinaikkan Sebanyak RM500

STR 2024 : Kadar bayaran belia bujang telah dinaikkan sebanyak RM500. Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen.
Antara yang diketengahkan ketika Belanjawan 2024 tadi, kerajaan telah bersetuju untuk menambahbaik kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun hadapan. Ikuti perkongsian dibawah.
STR 2024
Baru sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa, jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 akan dinaikkan.
Melalui pelaksanaan STR sebelum ini, seramai 8.7 juta penerima sahaja telah menerima manfaat. Namun, tahun hadapan angka tersebut akan bertambah kepada seramai 9 juta penerima.

JUMLAH BAYARAN
Menurut Perdana Menteri, terdapat penambahan pada kadar bayaran STR tahun hadapan, di mana kategori tersebut akan menerima :
- Isi Rumah : RM3100 kepada RM3700
- Bujang / Belia : RM350 kepada RM500
- SARa : RM100 (6 bulan) kepada RM100 (12 bulan)
TARIKH BAYARAN
Menurut Perdana Menteri, bayaran fasa pertama sebanyak STR 2024 RM500 ini akan mula disalurkan pada :
- Februari 2024
PERMOHONAN STR 2024
Rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ini, permohonan baru boleh dilakukan pada bulan hadapan iaitu November.
Info : Permohonan akan dibuka sepanjang tahun dan bukan setahun sekali seperti sebelum ini.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui pelbagai bantuan lain yang disediakan oleh pihak kerajaan, sila RUJUK DISINI