
BLP 2023 : Bantuan RM200 untuk kategori bujang Malaysia merupakan salah satu bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bantuan ini adalah menerusi program Bantuan Latihan Perantis di mana individu yang berkelayakan akan menerima elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan.
BLP 2023 : BANTUAN LATIHAN PERANTIS
Bantuan Latihan Perantis (BLP) ini bagi membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur, serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
BLP 2023 : KADAR BAYARAN
Setiap penyertaan, individu tersebut akan menerima elaun bulanan sebanyak :
- RM200 sebulan
SYARAT KELAYAKAN
Sekiranya individu tersebut ingin membuat permohonan, pastikan memenuhi kriteria seperti dibawah :
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
- Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan
- Kes-kes seliaan
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Nota : Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawai senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA PERMOHONAN
Untuk memudahkan proses permohonan berjalan lancar, pastikan anda menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan, iaitu :
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / anak
- Salinan sijl kelahiran anak-anak yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji
- Dan lain-lain dokumen yang berkaitan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Sekiranya dokumen sokongan yang disebutkan diatas telah lengkap, anda diminta untuk menghantar permohonan anda ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian ataupun yang berhampiran kawasan anda. Apa yang penting, anda diminta untuk mengisi borang permohonan dengan lengkap dan tepat supaya tiada kekeliruan bagi pihak yang berwajib. Sila muat turun borang permohonan di bawah :
JKM 18 – BORANG PERMOHONAN BANTUAN
JKM 20 – BORANG KAJI SEMULA BANTUAN
MAKLUMAT LANJUT
Pelbagai jenis bantuan yang rakyat Malaysia boleh dapatkan. Sila RUJUK DISINI :
