FSA2 KWSP : Pengeluaran Khas Fasa 1 sebanyak RM5000 kini telahpun diluluskan bermula April lalu lagi. Inisiatif ini adalah bertujuan untuk membantu pencarum KWSP bagi mengeluarkan simpanan peribadi mereka menerusi program Fasaliti Sokongan Akaun 2.
FSA2 KWSP PENGELUARAN FASA 1
Program ini telahpun bermula bulan April lalu lagi. Sehingga kini, dianggarkan lebih 4 juta ahli KWSP telahpun memohon bagi pengeluaran FSA2 fasa 1 ini.
Pengeluaran ini merupakan sebuah kemudahan bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Simpanan dalam Akaun 2 digunakan untuk membayar pembiayaan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun.
FSA2 KWSP : PENGELUARAN RM5,000
Jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM3,000 dan maksimum RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP. Ini bermakna, pengeluaran sebanyak RM5,000 pun dibolehkan.
SYARAT KELAYAKAN FSA2
Pihak KWSP telahpun umumkan syarat kelayakan bagi pengeluaran fasa 1, iaitu :
- Permohonan terbuka kepada ahli KWSP
- Ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
- Merupakan warganegara Malaysia
- Permohonan tidak boleh dibatalkan
- permohonan hanya sekali sahaja
- Tarikh permohonan dibuka dalam tempoh setahun bermula 7 April 2023
- Minimum baki akaun simpanan akaun 2 minimum RM3,000
- Mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan.
CARA MOHON FSA2
Berikut adalah langkah untuk membuat permohonan FSA2 KWSP :
- Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian
- Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan.
- Kemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 atau 55 tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan jumlah pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.
TARIKH PERMOHONAN FSA2
Permohonan Pengeluaran KWSP Bersyarat FSA 2 ini telahpun dibuka bermula :
- 7 APRIL 2023
Manakala, bagi BSN pula permohonan boleh dibuat pada 15 April 2023.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, anda boleh semak pautan di bawah :
