Terkini : Bantuan Geran Pelancaran RM2700 Untuk Rakyat Malaysia

Terkini : Bantuan Geran Pelancaran RM2700 khas untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan akan diberikan pada tahun ini. Inisiatif ini adalah dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

BANTUAN GERAN PELANCARAN

Bantuan Geran Pelancaran ini hanya tertumpu untuk membantu kumpulan sasar bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan bantuan tunai sehingga RM2700 secara one-off.

Rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan, anda boleh berbuat demikian bulan Oktober ini.

OBJEKTIF UTAMA

Bantuan ini dilaksanakan adalah bertujuam :

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

KADAR BANTUAN

Setiap kelayakan, penerima tersebut akan terima :

  • Maksimum RM2700 (one-off)

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan, antaranya :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;  ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Syarat Khusus

  • Bantuan hanya disediakan kepada penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.
  • Jika bukan penerima sedia ada, pemohon boleh membuat permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
  • Sekiranya pemohon layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran JKM boleh dikemukakan.

CARA MEMOHON

Berikut adalah cara memohon Bantuan Geran Pelancaran JKM :

  • Setiap permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan kawasan anda
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Sila dapatkan borang permohonan anda secara atas talian di pautan berikut :
    JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) 
    Download Borang

Sumber : Geran Pelancaran JKM

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda sediakan bagi permohonan JKM ini :

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahian anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Bagi memudahkan segala urusan permohonan anda, sila sertakan sekali dokumen sokongan yang disebutkan diatas ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

Sila isi borang dengan lengkap dan tepat bagi memudahkan proses permohonan. Klik link dibawah bagi mendapatkan borang permohonan :

SEMAKAN BANTUAN 

Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  1. Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :
    http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Login ID anda yang telah berdaftar
  3. Sila klik ‘Semak Status Permohonan Talian
  4. Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik ‘Semak

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

  • Telefon : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Leave a Comment