BANTUANKWSP

Rasmi : Pengeluaran KWSP RM3000 Dibenarkan Melalui FSA2

Pada bulan Oktober ini, pencarum KWSP yang berumur 55 tahun kebawah dibenarkan untuk membuat pengeluaran simpanan mereka melalui akaun 2.

Kebenaran bagi pengeluaran KWSP ini adalah menerusi program yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan iaitu Fasaliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). Ianya membolehkan semua pencarim memohon pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Untuk makluman semua, sehingga kini lebih 4 juta daripada pencarum KWSP telahpun membuat permohonan. Oleh itu, berikut dikongsikan maklumat terperinci mengenainya.

FASALITI SOKONGAN AKAUN 2

FSA2 merupakan sebuah kemudahan bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Simpanan dalam Akaun 2 digunakan untuk membayar pembiayaan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun.

PENGELUARAN SEHINGGA RM50,000

Jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM3,000 dan maksimum RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP.

SYARAT KELAYAKAN

Sila semak syarat kelayakan bagi setiap permohonan pengeluaran ini :

  • Permohonan terbuka kepada ahli KWSP
  • Ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Permohonan tidak boleh dibatalkan
  • permohonan hanya sekali sahaja
  • Tarikh permohonan dibuka dalam tempoh setahun bermula 7 April 2023
  • Minimum baki akaun simpanan akaun 2 minimum RM3,000
  • Mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan.

CARA MOHON PENGELUARAN

Berikut adalah langkah untuk membuat permohonan : 

LANGKAH 1

  • Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian

LANGKAH 2

  • Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan.

LANGKAH 3

  • Kemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 atau 55 tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan jumlah pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, permohonan Pengeluaran KWSP Bersyarat FSA 2 ini telahpun dibuka bermula :

  • 7 APRIL 2023

Manakala, bagi BSN pula permohonan boleh dibuat pada 15 April 2023.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, anda boleh semak di https://www.kwsp.gov.my/fsa2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button