
Sumbangan Asas Rahmah (STR) merupakan sebuah program bantuan tunai yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah.
Menerusi pelaksanaan program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini, seramai 8.7 juta penerima dari kalangan B40 dan M40 akan menerima manfaat maksimum RM2500 bagi seisi keluarga.
Bayaran STR ini telah melalui 3 fasa bayaran, dan kini berbaki 1 fasa bayaran saja lagi iaitu STR fasa 4. Hanya satu kategori saja yang akan terima bayaran maksimum RM1200. Nak tahu? Semak sekarang!
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Dengan program bantuan tunai seperti ini, kerajaan berharap ianya akan dapat sedikit sebanyak membantu rakyat Malaysia yang terjejas berikutan ekonomi negara tidak menentu.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Seperti yang telah dijadualkan, bayaran bagi Fasa 4 akan disalurkan pada :
- NOVEMBER 2023
Walaubagaimanapun, tiada tarikh rasmi lagi telah dimaklumkan.
KATEGORI TERIMA RM1,200
Berikut adalah kategori yang akan terima bayaran berjumlah RM1,200 :
1. Pendapatan Isi Rumah Bawah RM2,500
- >5 Anak : RM1200

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :
- i: Isi Rumah
- a) Kahwin; atau
- b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- ii. Warga Emas Tiada Pasangan
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- iii. Bujang
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah ini :
