BANTUAN

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan RM800 Yang Akan Mula Dikreditkan

Sekiranya anda berkelayakan, individu tersebut akan menerima bantunai tunai berjumlah RM800. Bantuan ini akan dilaksanakan menerusi program Bantuan Musim Tengkujuh.

Untuk makluman, bayaran bantuan ini bukanlah dibayar sekali gus, tetapi akan melalui 4 fasa bayaran.

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah mengenai syarat kelayakan penerima.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini khas kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas akibat musim tengkujuh yang melanda.

Apa yang menariknya, kadar bantuan ini telah dinaikkan kepada RM800 tahun ini berbanding tahun sebelumnya hanya RM600.

JUMLAH BAYARAN BMT

Individu yang layak, mereka akan menerima bayaran BMT ini berjumlah :

  • RM800 (4 Fasa)

TARIKH BAYARAN

Bayaran bantuan ini akan mula disalurkan pada :

  • Fasa 1 : RM200 (November)
  • Fasa 2 : RM200 (Disember)
  • Fasa 3 : RM200 (Januari 2024)
  • Fasa 4 : RM200 (Februari 2024)

TARIKH PERMOHONAN BMT

Untuk makluman anda semua, tarikh permohonan ini telahpun dibuka bermula :

Tarikh Buka : 15 JUN 2023

Tarikh Tutup : 15 SEPTEMBER 2023

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil atau penoreh getah
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk 1 penerima sahaja
  • Mempunyai kad permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

SEMAKAN PERMOHONAN BMT

Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.

Terdapat 2 cara membuat semakan antaranya :

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4256 4022.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button