Pengeluaran Penuh dan sebahagian KWSP : Untuk makluman, kedua-dua jenis pengeluaran ini adalah dibenarkan pada bila-bila masa sekiranya pencarum ingin melakukannya.
Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan agar permohonan anda berjalan dengan lancar.
PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN
Untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP telah membenarkan pencarum untuk membuat pengeluaran.
Terdapat dua jenis pengeluaran yang boleh dilakukan sama ada pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan asas bagi pengeluaran Penuh KWSP :
- Warganegara Malaysia
- Pencarum KWSP
- Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
- Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
- Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
- Bayaran dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank simpanan/ semasa ahli atau ke akaun bank rakan strategik KWSP
SENARAI PENGELUARAN PENUH KWSP
Berikut adalah Pengeluaran Penuh KWSP yang dibenarkan :
1. Pengeluaran Penuh Umur 55 Tahun
- Apabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.
- Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.
2. Pekerja Berpencen & Persaraan Pilihan
- Definisi pekerja berpencen ialah pekerja yang telah diletakan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang menjelaskan pengambilan pekerja di dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.
- Mulai 1 Januari 2018, selepas Penjawat Awam membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen, tanggungan mencarum bagi beliau adalah tidak terhenti selaras dengan pelaksanaan Skim Kebolehalihan (Portability Scheme).
3. Hilang Upaya
- Ahli KWSP yang mengalami hilang upaya boleh membuat pengeluaran penuh simpanan setelah mereka disahkan oleh pegawai perubatan. Malah, mereka turut layak mendapat RM 5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.
4. Kematian
- Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang anda dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.
- Kami menggalakkan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.
PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP
Berbeza dengan pengeluaran penuh, bagi pengeluaran sebahagian pula antaranya adalah :
- Pengeluaran Umur 50 tahun
- Pendidikan
- Beli Rumah
- Bina rumah
- Mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan
- Ansuran bulanan pinjaman perumahan
- Perumahan PR1MA
- Perumahan fleksibel
- Kesihatan
- Haji
- Simpanan melebihi 1 juta
Sumber : https://www.kwsp.gov.my/
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals