Bantuan 1 Keluarga : Bayaran RM900 Akan Dikreditkan Kepada Kategori Ini

Pelbagai bantuan yang rakyat Malaysia boleh manfaatkan yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan mahupun kerajaan negeri.

Salah satu bantuan yang rakyat Malaysia tunggu adalah bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Setiap kelayakan akan menerima bayaran maksimum RM2500.

Untuk makluman, bulan November nanti isi keluarga yang layak bakal menerima bayaran RM900. Ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran bagi Fasa 4 akan disalurkan pada :

  • NOVEMBER 2023

Namun, pihak kami menjangkakan bahawa pelaksanaan bayaran fasa 4 ini MUNGKIN diawalkan sama seperti 3 fasa bayaran sebelum ini pun telah diawalkan.

BANTUAN 1 KELUARGA RM900

Pada November nanti, bayaran bagi fasa ke-4 akan dilaksanakan bagi individu yang layak. Terdapat 1 kategori yang akan terima bayaran RM900, iaitu :

1. Pendapatan Isi Rumah Bawah  RM2,500

  • 3 – 4 Anak : RM900

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah ini :

Leave a Comment