Terkini : Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Kini Dibenarkan Melalui Akaun 2

Pelbagai cara telah dilakukan agar pihak kerajaan dapat membenarkan pengeluaran khas dapat dilakukan sekali lagi.

Kerajaan sedia ada mendengar apa yang dimahukan oleh rakyat Malaysia khususnya pencarum KWSP. Maka oleh itu pengeluaran ini telah dibenarkan namun ianya bersyarat.

Untuk makluman, pengeluaran ini dapat dilakukan sehingga maksimum RM50,000. Berikut dikongsikan syarat kelayakan dan cara untuk mohon.

FASALITI SOKONGAN AKAUN 2

Sehingga kini, seramai 4 juta ahli KWSP telahpun memohon. FSA2 merupakan sebuah kemudahan bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Simpanan dalam Akaun 2 digunakan untuk membayar pembiayaan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun.

PENGELUARAN SEHINGGA RM50,000

Jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM3,000 dan maksimum RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP.

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi setiap permohonan pengeluaran KWSP ini. Antaranya :

  • Permohonan terbuka kepada ahli KWSP
  • Ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Permohonan tidak boleh dibatalkan
  • permohonan hanya sekali sahaja
  • Tarikh permohonan dibuka dalam tempoh setahun bermula 7 April 2023
  • Minimum baki akaun simpanan akaun 2 minimum RM3,000
  • Mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh institusi perbankan.

CARA MOHON PENGELUARAN

Berikut adalah beberapa cara untuk memohon pengeluaran KWSP tersebut : 

LANGKAH 1

  • Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian

LANGKAH 2

  • Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan.

LANGKAH 3

  • Kemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 atau 55 tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan jumlah pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, permohonan Pengeluaran KWSP Bersyarat FSA 2 ini telahpun dibuka bermula :

  • 7 APRIL 2023

Manakala, bagi BSN pula permohonan boleh dibuat pada 15 April 2023.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, anda boleh semak di https://www.kwsp.gov.my/fsa2

Leave a Comment