E-Tunai 2023 : Cara Tebus Kredit Percuma RM100 Untuk B40 & M40

Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwat Ibrahim telah mengumumkan bahawa bantuan kredit e-tunai berjumlah RM100 akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Beliau berkata, rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun keatas dan berpendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000 adalah layak untuk menerima insentif tersebut secara automatik.
Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk tebus bantuan e-tunai tersebut. Ikuti perkongsian dibawah.
KREDIT E-TUNAI RM100
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan, bantuan E-Tunai ini bakal memanfaatkan lebih daripada 10 juta penerima daripada golongan B40 & M40.
Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai di Malaysia dan mempercepat penggunaan eWallet serta pembayaran digita
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
KADAR BAYARAN
Setiap kelayakan penerima, individu tersebut akan menerima bayaran sebanyak :
- RM100
TARIKH BAYARAN
Seperti yang telah dimaklumkan, ianya akan mula dibayar :
- Suku ke-4 tahun ini (OKTOBER 2023)
CARA TEBUS
Penebusan kredit E-Wallet ini boleh dilakukan melalui aplikasi seperti :
- Touch ‘N’ Go
- Boost
- Setel
Perkara yang perlu anda lakukan adalah dengan memuat turun aplikasi diatas, daftar dan tebus. Ianya mudah sahaja.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk disini :
