
Bantuan tambahan khas kepada penerima STR 2023 yang layak. Untuk makluman, bayaran tambahan RM600 akan disalurkan bagi memenuhi keperluan setiap isi keluarga.
Sekiranya anda penerima STR 2023 dan telah berdaftar melalui sistem E-Kasih, anda adalah secara automatik akan terima bayaran tambahan ini.
Walaubagaimanapun, ianya bukanlah bayaran secara tunai akan tetapi bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam mykad anda.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan kategori penerima yang layak :
- Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
- i. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
- ii. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)
Untuk membuat semakan, berikut adalah kaedahnya :
- Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang carian
- Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.

TARIKH BAYARAN
Kerajaan telah menetapkan 3 kaedah bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima yang layak mengikut negeri secara berperingkat seperti berikut.
(KAEDAH 1)
NEGERI : Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu
KAEDAH BAYARAN : RM100 dikreditkan setiap bulan selama tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima bermula pada 17 Julai 2023
(KAEDAH 2)
NEGERI : Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor
KAEDAH BAYARAN : RM100 dikreditkan setiap bulan selama tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima bermula 31 Julai 2023
(KAEDAH 3)
NEGERI : Sabah, Sarawak dan Labuan
KAEDAH BAYARAN : RM600 dikreditkan sekaligus ke akaun bank penerima atau secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara bermula pada OGOS 2023.

MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut, boleh klik pautan dibawah :
