Bantuan Musim Tengkujuh : Bantuan Kewangan RM800 Disalurkan Bermula November Nanti

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, Bantuan Musim Tengkujuh pada tahun ini akan dilaksanakan di mana setiap individu yang berkelayakan akan terima bayaran sebanyak RM800.
Walaubagaimanapun, bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat iaitu 4 fasa bayaran dan bukan sekaligus.
Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
Para pekebun kecil ataupun penoreh getah yang terjejas akibat musim tengkujuh yang melanda hasil pertanian mereka, adalah layak untuk menerima bantuan kewangan menerusi program Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).
Sebelum ini, individu yang berkelayakan hanya akan menerima bayaran sebanyak RM600. Namun, atas dasar prihatin kerajaan sedia ada, bantuan tersebut telah dinaikkan kepada RM800 pada tahun ini.
JUMLAH BAYARAN BMT
Terdahulu, bayaran bagi Bantuan Musim Tengkujuh hanya sebanyak RM600 sahaja. Namun, atas dasar keprihatinan kerajaan, bantuan ini telah dinaik taraf dan individu yang layak bakal terima :
- RM800 (4 Fasa)
TARIKH BAYARAN
Mengenai tarikh bayarannya pula, ianya akan diagihkan melalui 4 fasa bayaran iaitu sebanyak :
- Fasa 1 : RM200 (November)
- Fasa 2 : RM200 (Disember)
- Fasa 3 : RM200 (Januari 2024)
- Fasa 4 : RM200 (Februari 2024)
TARIKH PERMOHONAN BMT
Untuk makluman anda semua, tarikh permohonan ini telahpun dibuka bermula :
Tarikh Buka : 15 JUN 2023
Tarikh Tutup : 15 SEPTEMBER 2023
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil atau penoreh getah
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot hanya untuk 1 penerima sahaja
- Mempunyai kad permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
SEMAKAN PERMOHONAN BMT
Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.
Terdapat 2 cara membuat semakan antaranya :
- Melalui laman web rasmi BMT RISDA iaitu, https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
- atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4256 4022.
