Ketika ini, pelbagai langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia khususnya buat golongan yang terjejas agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna dan serba tiada kekurangan.
Antara bantuan yang menjadi tumpuan adalah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimana bantuan ini telah dilaksanakan dengan cara memberi bantuan secara tunai. Dan kini, ianya telah pun melalui 3 fasa bayaran.
Untuk makluman, STR ini akan melalui 4 fasa bayaran. Jadi, hanya 1 fasa bayaran sahaja lagi iaitu fasa terakhir yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Anda sedia maklum bahawa, bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sama seperti bantuan sebelum ini iaitu, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Ianya adalah bertujuan sebagai langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
BAYARAN STR FASA 4 DIAWALKAN
Jika dilihat dari bermulanya bayaran fasa pertama hingga ketiga, bayaran tersebut telah diawalkan daripada yang telah dijadualkan.
Seperti yang dijadualkan, bayaran fasa 4 akan dilaksanakan pada November 2023 nanti. Adalah tidak mustahil sekiranya bayaran fasa 4 pun akan diawalkan juga. Ini kerana, bayaran fasa sebelumnya telah dilaksanakan sebelum daripada tarikh yang telah dijadualkan.
KADAR BAYARAN STR FASA 4
Berikut adalah kadar bayaran yang akan diterima setiap kategori yang layak :
- Kategori warga emas (60 tahun keatas) : RM200 seorang
- Kategori Isi rumah (Pendapatan bulanan RM2,500/ B40) : Tiada anak (RM200), Mempunyai anak 1-2 (RM600), Mempunyai anak 3-4 (RM900) dan mempunyai anak 5 keatas (RM1,200)
- Kategori isi rumah (Pendapatan bulanan RM5,000/ M40) : Mempunyai anak 3-4 (RM300) dan Mempunyai anak 5 keatas (RM500)
SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :
- i: Isi Rumah
- a) Kahwin; atau
- b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- ii. Warga Emas Tiada Pasangan
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- iii. Bujang
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah ini :