BANTUANJKM

Senarai Penerima Bantuan Kewangan RM200 Sehingga RM1000 Untuk Kategori B40

Tahukah anda, beberapa jenis bantuan telah disediakan oleh pihak Kerajaan dalam menjaga dan menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya untuk golongan yang terjejas.

Untuk makluman anda semua, bantuan ini adalah bantuan tunai dimana setiap kelayakan anda akan menerima bantuan kewangan secara bulanan sekiranya anda memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Bantuan yang dimaksudkan adalah bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jika anda layak, anda bakal terima bantuan tunai secara bulanan minimum RM200 sehingga RM1000.

SENARAI BANTUAN JKM

Berikut adalah beberapa senarai bantuan yang anda boleh mohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berserta cara untuk memohon :

Bantuan Anak Pelihara (RM250-RM500)

Bantuan Anak Pelihara (BAP) merupakan satu bantuan bertujuan bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim / piatu, tidak mempunyai saudara mara agar terus tinggal di dalam masyarakat yang harmoni. 

Cara Mohon : Permohonan Bantuan Anak Pelihara

Bantuan Warga Emas (RM500)

Objektif utama bantuan untuk Warga Emas ini disediakan agar mereka dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti setempat. 

Cara Mohon : Permohonan Bantuan Warga Emas

Bantuan Latihan Perantis (RM200)

Tujuan utama Bantuan Latihan Perantis (BLP) ini bagi membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur, serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

Cara Mohon : Permohonan Bantuan Latihan Perantis

Bantuan Kanak-Kanak (Maksimum RM1000)

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan satu bantuan khusus untuk kanak-kanak iaitu Bantuan Kanak-Kanak JKM. Di mana, ianya akan meliputi seluruh kanak-kanak yang ada di Malaysia bergantung kepada syarat-syarat kelayakan yang telah di tetapkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Cara Mohon : Permohonan Bantuan Kanak-Kanak

Bantuan Am Persekutuan (RM350)

Bantuan Am Persekutuan disediakan bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga dengan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan untuk sekeluarga.

Cara Mohon : Permohonan Bantuan Am Persekutuan

Bantuan Geran Pelancaran JKM (RM2700)

Bantuan Geran Pelancaran JKM ini adalah satu inisiatif kerajaan yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu kumpulan sasar bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan akan diberikan secara tunai (one-off).

Individu yang layak akan menerima maksimum RM2700.

Cara Mohon : Permohonan Geran Pelancaran JKM

Bantuan Orang Kurang Upaya (RM500)

Untuk makluman anda, Jabatan Kebajikan  Masyarakat ada menyediakan satu bantuan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Jika anda salah seorang diantaranya ataupun penjaga bagi golongan ini, anda layak untuk memohon bantuan yang disediakan ini.

Cara Mohon : Permohonan Bantuan Orang Kurang Upaya

MAKLUMAT LANJUT

Untuk lebih lanjut, anda boleh rujuk di web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu : https://www.jkm.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button