STR 2023

Bantuan Kewangan Berjumlah RM900 Akan Dibayar Bulan November Nanti

Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 1, 2 dan 3 telah disalurkan Januari, April dan terbaru iaitu bulan Jun baru-baru ini.

Dari pelaksanaan 3 fasa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tersebut, seramai 8.7 juta penerima telah menerima bayaran bermula dari RM100 sehingga RM800.

Kali ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai bantuan kewangan berjumlah RM900. Untuk makluman, bayaran ini akan disalurkan bermula November nanti.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran bagi Fasa 4 akan disalurkan pada :

  • NOVEMBER 2023

Namun, pihak kami menjangkakan bahawa pelaksanaan bayaran fasa 4 ini MUNGKIN diawalkan sama seperti 3 fasa bayaran sebelum ini pun telah diawalkan.

KATEGORI TERIMA RM900 STR FASA 4

Pada November nanti, bayaran bagi fasa ke-4 akan dilaksanakan bagi individu yang layak. Terdapat 1 kategori yang akan terima bayaran RM900, iaitu :

1. Pendapatan Isi Rumah Bawah  RM2,500

  • Tiada Anak : RM200
  • 1 – 2 Anak : RM600
  • 3 – 4 Anak : RM900
  • >5 Anak : RM1200

2. Pendapatan Isi Rumah RM,2501 – RM5,000

  • Tiada Anak : –
  • 1 – 2 Anak : –
  • 3 – 4 Anak : RM300
  • >5 Anak : RM500

3. Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) : RM200

4. Bujang (21 – 59 tahun) : –

5. Bujang OKU (19 – 59 tahun) : – 

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 4

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah ini :

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button