BANTUAN

Terkini : Mohon Bantuan Tunai RM800 Sebelum 20 September 2023

Pelbagai bantuan tunai telah dilaksanakan dan bakal memanfaatkan bagi rakyat Malaysia khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan terjejas.

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, Bantuan Musim Tengkujuh pada tahun ini akan dilaksanakan di mana setiap individu yang berkelayakan akan terima bayaran sebanyak RM800.

Walaubagaimanapun, bantuan ini hanya tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan. Kali ini, pihak kami akan kongsikan kepada anda mengenai syarat kelayakan dan cara untuk memohon bantuan ini.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah inisiatif Kerajaan bertujuan untuk meringankan/mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.

Apa yang menarik pada tahun ini, kadar bayaran BMT ini telah dinaikkan daripada RM600 tahun lalu kepada RM800 tahun ini dan akan diagihkan secara berperingkat.

JUMLAH BAYARAN BMT

Terdahulu, bayaran bagi Bantuan Musim Tengkujuh hanya sebanyak RM600 sahaja. Namun, atas dasar keprihatinan kerajaan, bantuan ini telah dinaik taraf dan individu yang layak bakal terima :

  • RM800 (4 Fasa)

TARIKH BAYARAN

Mengenai tarikh bayarannya pula, ianya akan diagihkan melalui 4 fasa bayaran iaitu sebanyak :

  • Fasa 1 : RM200 (November)
  • Fasa 2 : RM200 (Disember)
  • Fasa 3 : RM200 (Januari 2024)
  • Fasa 4 : RM200 (Februari 2024)

TARIKH PERMOHONAN BMT

Untuk makluman anda semua, tarikh permohonan ini telahpun dibuka bermula :

Tarikh Buka : 15 JUN 2023

Tarikh Tutup : 20 SEPTEMBER 2023

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil atau penoreh getah
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk 1 penerima sahaja
  • Mempunyai kad permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

SEMAKAN PERMOHONAN BMT

Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.

Terdapat 2 cara membuat semakan antaranya :

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4256 4022.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button