E-Tunai Tambahan : Kredit Percuma RM100 Untuk B40 & M40

Berita baik untuk rakyat Malaysia khususnya golongan yang berumur 21 tahun keatas, dimana setiap individu yang berkelayakan akan terima bantuan e-tunai tambahan berjumlah RM100 setiap seorang.
Baru-baru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Kerajaan telah bersetuju akan memberikan bantuan kredit e-tunai kepada seluruh rakyat Malaysia dari golongan B40 dan M40.
Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
KREDIT E-TUNAI RM100
Bantuan kredit e-tunai ini diberikan kepada golongan dewasa setelah melihat kejayaan dan impak yang positif daripada daripada program e-tunai sebelum ini ke atas masyarakat.
Beliau berkata, bantuan ini akan memanfaatkan lebih daripada 10 juta penerima merangkumi daripada golongan B40 dan juga M40.
KADAR BAYARAN
Setiap kelayakan penerima, individu tersebut akan menerima bayaran sebanyak :
- RM100
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
TARIKH BAYARAN
Ketika ini, tiada makluman rasmi lagi mengenai tarikh bayaran bantuan ini. Apa yang pasti bantuan khas ini akan dilaksanakan pada suku akhir tahun ini. Pihak kami akan maklumkan sekiranya terdapat maklumat rasmi mengenainya.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk disini :
