Terkini : Bantuan Tunai Sebanyak RM300 Dikreditkan Mula Hari Ini

Alhamdulillah, rezeki untuk seluruh penjawat awam kerajaan dan pesara kerajaan yang berkelayakan dimana golongan ini akan menerima bantuan kewangan.
Baru-baru ini ketika berlangsungnya Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI, Perdana Menteri telah umumkan beberapa jenis insentif tambahan yang akan disalurkan untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Untuk makluman, bayaran tersebut mula dikreditkan pada hari ini. Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN RM300 & RM200
Bantuan ini disalurkan bertujuan sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat apabila selesai diperincikan.
Dengan pemberian insentif ini, Datuk Seri Anwar berharap semua penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi MADANI.
KADAR BAYARAN
Setiap kelayakan, golongan tersebut akan menerima bayaran sebanyak :
- Penjawat Awam (G56 Kebawah) : RM300
- Pesara Kerajaan : RM200
Untuk makluman, bantuan ini bakal memanfaatkan seramai 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara kerajaan.
TARIKH BAYARAN
Bantuan Khas Penghargaan bagi Kakitangan Awam dan pesara Kerajaan ini akan dilaksanakan pada :
- 10 OGOS 2023
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah kategori penerima bantuan RM300 dan RM200 :
- RM300 : Penjawat Awam Gred 56 kebawah
- RM200 : Pesar Kerajaan, pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan, veteran berpencen / tidak berpencen
MAKLUMAT LANJUT
Untuk info lanjut mengenai info-info bantuan, sila klik link dibawah ini :
