E-DOMPET 2023 : Syarat Kelayakan Bantuan Kredit Percuma RM200 Untuk B40 & M40

Khas untuk rakyat Malaysia khususnya golongan B40 & M40.

Sekiranya anda berumur antara 21 tahun ke atas dan warganegara Malaysia, anda adalah layak untuk menerima bantuan e-dompet berjumlah RM200 sekiranya berkelayakan.

Untuk makluman, bantuan E-Dompet ini boleh ditebus bermula 26 Jun lalu lagi. Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan cara untuk tebus bantuan tersebut.

E-DOMPET 2023

Program ini merupakan salah satu inisiatif yang kerajaan Malaysia dalam membantu golongan belia dimana setiap kelayakan akan menerima bayaran berjumlah RM200.

Ianya bertujuan bagi meringankan beban kewangan golongan belia serta menggalakkan golongan ini membuat transaksi tanpa tunai.

Info : Bantuan ini adalah sama dengan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti eBelia (2021) dan ePemula (2022).

JUMLAH BAYARAN

Program ini bakal memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah :

  • RM200

SYARAT KELAYAKAN

Berikur adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 21 tahun ke atas
  • Pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023 (Tanpa had umur)
  • Warganegara Malaysia
  • Mahasiswa yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berdaftar dengan kementerian

TARIKH BAYARAN & PERMOHONAN

Petang kelmarin, Kementerian Kewangan (MOF) telah membuat kenyataan rasminya, Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 pada :

  • 26 Jun (Isnin)
  • 8.00 Pagi

INFO : Tempoh penebusan kredit e-dompet 2023 ini adalah sehingga 31 Ogos 2023

CARA TEBUS

Untuk menuntut kredit bantuan ini, anda perlu memuat turun salah satu daripada aplikasi e-dompet berikut:

  • BigPay
  • ShopeePay
  • Boost
  • Touch N Go eWallet
  • GrabPay

Sebaik sahaja anda telah memuat turun aplikasi, anda perlu membuat akaun dan mengesahkan identiti anda.

Setelah akaun anda disahkan, anda boleh mengikuti langkah berikut untuk membuat tuntutan/ claim:

  • Buka aplikasi e-Wallet
  • Pilih bahagian “e-Tunai Belia Rahmah”
  • Masukkan No. Kad Pengenalan
  • Klik butang “Tebus/ Claim”
  • Anda akan menerima mesej pengesahan setelah proses kredit berjaya

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah :

Leave a Comment