STR Tambahan : Bayaran Bantuan RM600 One-Off Dikreditkan Mula Hari Ini

Bermula 26 Jun lalu, rakyat Malaysia telah mula menerima bantuan tunai melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3. Lebih 8 juta bagi golongan B40 yang layak telah menerima bayaran sehingga RM800.
Seperti yang telah dimaklumkan, bayaran tambahan melalui program Sumbangan Tunai Rahmah berjumlah RM600 telah diberikan pada bulan Julai lalu.
Namun, bermula hari ini bantuan tersebut akan dibayar secara one-off khusus kepada negeri Sabah, Sarawak dan Labuan. Ikuti perkongsian dibawah.
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Untuk makluman anda, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bertujuan meringankan beban sara hidup golongan miskin tegar
Bantuan ini disalurkan kepada isi rumah penerima STR yang tersenarai sebagai “Miskin Tegar” mengikut data eKasih sehingga 28 Februari 2023 dalam bentuk barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM600.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah kategori penerima yang layak :
- Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
- i. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
- ii. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
TARIKH BAYARAN
Untuk makluman, bayaran Sumbangan Asas Rahmah ini telah disalurkan bagi negeri-negeri lain bermula bulan Julai lalu lagi. Setiap kelayakan akan menerima bayaran RM100 sebulan bagi tempoh 6 bulan (RM600).
Berbeza bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan. Negeri ini akan menerima RM600 secara one-off bermula hari ini iaitu 7 OGOS 2023.
SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)
Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :
- Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang carian
- Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.

MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut, boleh klik pautan dibawah :
