Tarikh Rasmi Bayaran Bantuan Khas RM300 Bermula 10 Ogos 2023 – Semak Sekarang!

Alhamdulillah, rezeki untuk seluruh penjawat awam kerajaan dan pesara kerajaan yang berkelayakan dimana golongan ini akan menerima bantuan kewangan.
Baru-baru ini ketika berlangsungnya Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI, Perdana Menteri telah umumkan beberapa jenis insentif tambahan yang akan disalurkan untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Salah satu insentif tersebut adalah, bantuan tunai akan diberikan kepada kakitangan kerajaan dan juga pesara kerajaan. Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.
BANTUAN RM300 & RM200
Bantuan ini disalurkan bertujuan sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat apabila selesai diperincikan.
Dengan pemberian insentif ini, Datuk Seri Anwar berharap semua penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi MADANI.
KADAR BAYARAN
Setiap kelayakan, golongan tersebut akan menerima bayaran sebanyak :
- Penjawat Awam (G56 Kebawah) : RM300
- Pesara Kerajaan : RM200
Untuk makluman, bantuan ini bakal memanfaatkan seramai 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah kategori penerima bantuan RM300 dan RM200 :
- RM300 : Penjawat Awam Gred 56 kebawah
- RM200 : Pesar Kerajaan, pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan, veteran berpencen / tidak berpencen
TARIKH BAYARAN
Bantuan Khas Penghargaan bagi Kakitangan Awam dan pesara Kerajaan ini akan dilaksanakan pada :
- 10 OGOS 2023
MAKLUMAT LANJUT
Untuk info lanjut mengenai info-info bantuan, sila klik link dibawah ini :
