BANTUAN

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Tambahan RM300 & RM200 – Semak Sekarang!

Alhamdulillah, rezeki untuk seluruh penjawat awam kerajaan dan pesara kerajaan yang berkelayakan dimana golongan ini akan menerima bantuan kewangan.

Baru-baru ini ketika berlangsungnya Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI, Perdana Menteri telah umumkan beberapa jenis insentif tambahan yang akan disalurkan untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Salah satu insentif tersebut adalah, bantuan tunai akan diberikan kepada kakitangan kerajaan dan juga pesara kerajaan. Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.

BANTUAN RM300 & RM200

Bantuan ini disalurkan bertujuan sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat apabila selesai diperincikan.

Dengan pemberian insentif ini, Datuk Seri Anwar berharap semua penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi MADANI.

KADAR BAYARAN

Setiap kelayakan, golongan tersebut akan menerima bayaran sebanyak :

  • Penjawat Awam (G56 Kebawah) : RM300
  • Pesara Kerajaan : RM200

Untuk makluman, bantuan ini bakal memanfaatkan seramai 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah kategori penerima bantuan RM300 dan RM200 :

  • RM300 : Penjawat Awam Gred 56 kebawah
  • RM200 : Pesar Kerajaan, pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan, veteran berpencen / tidak berpencen

TARIKH BAYARAN

Mengenai tarikh bayarannya pula, pihak Kerajaan belum maklumkan apa-apa info mengenainya. Walaubagaimanapun, pihak kami akan maklumkan sekiranya terdapat sebarang makluman rasmi mengenainya.

Related Articles

One Comment

  1. Saya penama di atas..umur 56 tahun.saya golongan orang miskin(kategori B40)saya nak tanya?adakah saya layak menerima bantuan sebanyak RM 200/300 tu atau pun tidak?sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button