E-Tunai : Bantuan Kredit Percuma Tambahan RM100 Untuk B40 & M40

Berita baik untuk rakyat Malaysia khususnya golongan yang berumur 21 tahun keatas, dimana setiap individu yang berkelayakan akan terima bantuan e-tunai berjumlah RM100 setiap seorang.
Pagi kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Kerajaan telah bersetuju akan memberikan bantuan kredit e-tunai kepada seluruh rakyat Malaysia dari golongan B40 dan M40.
Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.
KREDIT E-TUNAI RM100
Bantuan kredit e-tunai ini diberikan kepada golongan dewasa setelah melihat kejayaan dan impak yang positif daripada daripada program e-tunai sebelum ini ke atas masyarakat.
Beliau berkata, bantuan ini akan memanfaatkan lebih daripada 10 juta penerima merangkumi daripada golongan B40 dan juga M40.
KADAR BAYARAN
Setiap kelayakan penerima, individu tersebut akan menerima bayaran sebanyak :
- RM100
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
CARA MOHON
Ketika ini, tiada makluman rasmi lagi mengenai sebarang permohonan bagi bantuan kredit e-tunai ini. Pihak kami akan maklumkan sekiranya terdapat maklumat rasmi mengenainya.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk disini :

Saya afalah penama di atas dan berpendapatan kurang dari100.00 sebulan.umur saya 56 tahun,kategori B40.kerja sebagai security biasabiasa di hospital ampang.persoalan saya,adakah saya layak menerima bantuan sebanyak 100 ringgit malaysia itu.sekian dan terima kasih.