Terkini : Bantuan One Off Bernilai RM600 Akan Dibayar Awal Bulan Ogos Nanti

judul gambar

Anda sedia maklum, bayaran tambahan RM600 melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARa) telah mula dilaksanakan bermula 17 Julai lalu.

Mana-mana penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 yang berdaftar melalui sistem e-Kasih, mereka adalah secara automatik akan terima bantuan tambahan ini.

Sedia maklum, bayaran ini akan diagihkan RM100 sebulan sehingga 6 bulan berikutnya. Namun, terdapat beberapa negeri yang akan terima bayaran secara one-off RM600. Ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM600

Berikut adalah kategori penerima yang layak :

judul gambar
  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • i. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • ii. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)

Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :

  • Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Tekan butang carian
  • Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.

TARIKH BAYARAN

Kerajaan telah menetapkan 3 kaedah bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima yang layak mengikut negeri secara berperingkat seperti berikut.

(KAEDAH 1)

NEGERI : Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu

KAEDAH BAYARAN : RM100 dikreditkan setiap bulan selama tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima bermula pada 17 Julai 2023

(KAEDAH 2)

NEGERI : Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor

KAEDAH BAYARAN : RM100 dikreditkan setiap bulan selama tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima bermula 31 Julai 2023

(KAEDAH 3)

NEGERI : Sabah, Sarawak dan Labuan

KAEDAH BAYARAN : RM600 dikreditkan sekaligus ke akaun bank penerima atau secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara bermula pada OGOS 2023.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut, boleh klik pautan dibawah :

Leave a Comment