STR TAMBAHAN : Tarikh Bayaran & Semakan Status Bayaran Tambahan RM600

Bulan Jun lalu, rakyat Malaysia telah mula menerima bantuan tunai melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3.
Lebih 8 juta bagi golongan B40 yang layak telah menerima bayaran sehingga RM800.
Selain itu, bantuan ini juga telah menawarkan STR Tambahan ATAU Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dimana setiap kelayakan akan menerima bayaran bernilai RM600. Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
INFO : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah bantuan kewangan secara tunai sama seperti bantuan sebelum ini seperti BKM, BPR, BSH dan BR1M.
SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM600
Berikut adalah kategori penerima yang layak :
- Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
- i. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
- ii. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)
Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :
- Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang carian
- Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.

JUMLAH BAYARAN STR 2023
Berikut adalah kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023. Sila rujuk jadual dibawah :

TARIKH BAYARAN
Seperti yang telah dimaklumkan, bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan secara berfasa iaitu :
- RM100 – Julai
- RM100 – Ogos
- RM100 – September
- RM100 – Oktober
- RM100 – November
- RM100 – Disember
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut, boleh klik pautan dibawah :
