Syarat Kelayakan Penerima STR Tambahan RM600 Bulan Julai – Semak Sekarang!

Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2023 mengumumkan, kerajaan bersetuju akan menyalurkan bantuan secara tunai melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Setiap kelayakan, penerima akan terima bayaran maksimum RM2000.
Perdana Menteri menambah dalam ucapannya, penerima yang layak juga akan turut menerima bayaran tambahan berjumlah RM600.
Ramai tertanya-tanya apakah syarat kelayakan penerima bagi bantuan tambahan ini? Berikut dikongsikan maklumat mengenainya.
STR TAMBAHAN RM600
Berikut adalah kategori penerima yang layak :
- Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
- i. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
- ii. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)
Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :
- Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang carian
- Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.
JADUAL & TARIKH BAYARAN
Kerajaan telah memaklumkan bahawa, bayaran STR TAMBAHAN RM600 tersebut akan dilaksanakan pada :
- JULAI (RM100)
- OGOS (RM100)
- SEPTEMBER (RM100)
- OKTOBER (RM100)
- NOVEMBER (RM100)
- DISEMBER (RM100)

MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut, boleh klik pautan dibawah :
