STR 2023
Trending

Syarat Kelayakan Penerima STR Tambahan Sebanyak RM600 Bulan Julai

Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan Fasa 2 telahpun dilaksanakan baru-baru ini.

Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2023 mengumumkan bantuan bayaran tambahan sebanyak RM600 melalui program Sumbangan Tunah Rahmah (STR) tahun ini.

Ramai tertanya-tanya apakah syarat kelayakan penerima bagi bantuan tambahan ini? Berikut dikongsikan maklumat mengenainya.

STR TAMBAHAN RM600

Berikut adalah kategori penerima yang layak :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • i. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • ii. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)

Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :

  • Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Tekan butang carian
  • Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.

JADUAL & TARIKH BAYARAN

Kerajaan telah memaklumkan bahawa, bayaran STR TAMBAHAN RM600 tersebut akan dilaksanakan pada :

  • JULAI (RM100)
  • OGOS (RM100)
  • SEPTEMBER (RM100)
  • OKTOBER (RM100)
  • NOVEMBER (RM100)
  • DISEMBER (RM100)

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut, boleh klik pautan dibawah :

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button