Bantuan Kewangan RM1300 Telah Mula Dibayar Untuk Satu Keluarga

Bermula 26 Jun lalu, rakyat Malaysia telah mula menerima bantuan tunai melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3.
Lebih 8 juta bagi golongan B40 yang layak telah menerima bayaran sehingga RM900.
Untuk makluman, jika dijumlahkan bayaran STR bermula dari fasa 1 hingga ke fasa 3 ini, hanya 1 kategori ini sahaja yang telah menerima bayaran maksimum RM1,300. Ikuti perkongsian dibawah.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (BTR)
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
INFO : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah bantuan kewangan secara tunai sama seperti bantuan sebelum ini seperti BKM, BPR, BSH dan BR1M.
BANTUAN KEWANGAN RM1300
Mana-mana penerima yang yang baru membuat permohonan pada Mac lalu, mereka akan terima bayaran fasa 3 ini sehingga berjumlah RM1300. Ini kerana, bayaran fasa 1 dan 2 dikreditkan serentak dengan bayaran fasa 3.
Fasa 1 (RM300) + Fasa 2 (RM200) + Fasa 3 (RM800)
Merujuk pada kadar bayaran diatas, ianya akan menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM1300. Walaubagaimanapun, jumlah bayaran ini hanya untuk isi keluarga yang mempunyai 5 orang anak keatas.
SEMAKAN STR 2023
Sekiranya anda ingin membuat semakan, semakn boleh dilakukan melalui web rasmi iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Klik Log Masuk MySTRMasukkan Nombor MyKad PemohonPengesahan Kata Kunci KeselamatanMasukkan Kata Laluan Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1 Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama PemohonNo Mykad Pemohon Status Permohonan Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
KADAR BAYARAN STR FASA 3
Berikut adalah kadar dan jumlah bayaran STR fasa 3. Sila rujuk jadual dibawah :

MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut, boleh klik pautan dibawah :
