STR 2023

STR Fasa 3 : Cara Membuat Rayuan Untuk Penerima Gagal Kredit

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3) telah dikreditkan kepada penerima yang layak bermula 27 Jun lalu.

Melalui pelaksanaan fasa ketiga ini, seramai 8.7 juta penerima yang layak telah menerima bayaran sehingga RM800 dan juga yg telah terima bayaran RM900.

Namun, ramai yang kecewa kerana gagal untuk menerima bayaran tersebut. Untuk makluman, penerima yang gagal boleh mengemukakan rayuan. Berikut dikongsikan bagaimana cara untuk membuat rayuan.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

JADUAL & TARIKH BAYARAN

Sebentar tadi, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bayaran STR Fasa 3 ini akan mula dilaksanakan :

  • 26 JUN 2023 (ISNIN)

Untuk makluman anda, bayaran akan dilakukan secara berperingkat. Bagi semakan status kelayakan penerima pula, ianya boleh dibuat pada tarikh yang sama.

RAYUAN STR FASA 3

Sekiranya anda antara penerima yang GAGAL bagi menerima bayaran fasa ketiga, anda boleh membuat rayuan pada tarikh berikut :

CARA MEMBUAT RAYUAN

Kaeda Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 ini ada dua cara sama ada melalui :

  1. Atas Talian
  2. Penghantaran borang rayuan di kaunter LHDNM
    • Sila kemukakan dokumen seperti kad pengenalan dan yang berkenaan

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button