Rasmi : Tarikh Bayaran STR Tambahan RM600 Telah Diumumkan

Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan Fasa 2 telahpun dilaksanakan baru-baru ini.
Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2023 mengumumkan bantuan bayaran tambahan sebanyak RM600 melalui program Sumbangan Tunah Rahmah (STR) tahun ini.
Ramai tertanya-tanya apakah syarat kelayakan penerima bagi bantuan tambahan ini? Berikut dikongsikan maklumat mengenainya.
STR TAMBAHAN RM600
Berikut adalah kategori penerima yang layak :
- Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
- i. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
- ii. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)
Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :
- Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang carian
- Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.
JADUAL & TARIKH BAYARAN
Kerajaan telah memaklumkan bahawa, bayaran STR TAMBAHAN RM600 tersebut akan dilaksanakan pada :
- JULAI (RM100)
- OGOS (RM100)
- SEPTEMBER (RM100)
- OKTOBER (RM100)
- NOVEMBER (RM100)
- DISEMBER (RM100)
JUMLAH BAYARAN STR 2023
Berikut adalah kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023. Sila rujuk jadual dibawah :

MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut, boleh klik pautan dibawah :
